Thursday, 19 June 2014

KREATIVITI, SUARA HATI & SENI : PANGROK SULAP DIKENALI DI ASIA

'Jangan beli, bikin sendiri' antara sentuhan jiwa seni sekumpulan anak muda yang mengelarkan diri mereka sebagai Pangrok Sulap. Pangrok yang diambil dari perkataan Punkrock manakala Sulap berasal dari perkataan bahasa Dusun yang bermaksud tempat rehat yang boleh didapati di sawah atau kebun. Bermula lakaran karakter kartun hinggalah seni cungkilan yang memaparkan suara hati rakyat di Sabah khususnya. Lebih unik lagi Pangrok Sulap yang bertapak di kaki bukit Gunung Kinabalu mendapat perhatian banyak pihak dari pengiat seni hinggalah aktivis kemanusiaan dan politik. Seni Pangrok Sulap juga boleh dilihat melalui t-shirt yang sememangnya mengena dihati muda-mudi di sekitar Sabah. Pangrok Sulap mendapat liputan media bukan sahaja di Malaysia malah di Jepun, Indonesia dan sekitar Asia yang menjadikan perjuangan dan hasil seni Pangrok Sulap sebagai artikel yang unik dan menarik. Anak muda Sabah ini bebas bergerak di seluruh Malaysia dalam berkongsi hasil seni dan membuat kerja-kerja amal yang seharusnya dijadikan sebagai panduan generasi baru. Konsep DIY menjadi pegangan sekumpulan anak seni ini sememangnya layak diberikan pujian. Terbang Tinggi Pangrok Sulap !








    Pengunjung KFM!

    Dengar secara LIVE

    Dalam Talian!

    Kini Dimainkan

X-Steel - Wait