• Selamat Datang Ke KinabaluFM

    Internet Radio nombor 1 paling popular di Sabah dengan pendengar paling ramai

  • Kinabalu FM On-The-Go

    Muat turun aplikasi TuneIn Radio melalui App Store atau Play Store.

  • Anugerah Kinabalu FM

    Tahniah kepada para pemenang! Teruskan memberi sokongan anda kepada Kinabalu FM!

  • Kinabalu FM Online Radio

    Adadaa.. Siuk behh

  • Penyampai-penyampai radio Kinabalu FM

    Teruskan setia bersama Kinabalu FM bersama DJ DJ yang akan menghiburkan anda

  • HASHTAG #KinabaluFM di Twitter!

    Tweet bersama hashtag #KinabaluFM dan tweet anda akan disiarkan dalam sidebar laman KFM!

  • Segmen Kupi Kupi Bersama KFM!

    Teruskan setia bersama KFM dan jangan terlepas segmen Kupi Kupi bersama DJ Jas!



Sunday, 18 January 2015

HIP HOP ON THE TOP

Hip Hop diangkat sebagai juara lagu dalam sebuah program yang dianjurkan oleh sebuah media tempatan. Sekian lama tidak mendapat perhatian peminat  irama yang muncul pada tahun 90-an ini kini berada diatas. 

Jika diimbas kembali pergerakan irama Hip Hop di Malaysia dalam arena mainstream ia dimulakan oleh dan diperjuangkan kumpulan seperti 4U2C, NICO, dan ramai lagi. Kemunculan kumpulan baru sememangnya memberikan impak besar malah banyak mengubah irama yang dahulu lebih kepada rap semata-mata. Antara yang melendakkan aura hip hop adalah Too Phat yang dianggotai oleh The President Joe Flizzow dan The General Malique, trio ini mengegarkan dunia hiburan dengan singel pertama mereka whuttadilly. Setelah mendapat banyak anugerah Too Phat mengumumkan untuk bergerak solo dan meneruskan perjuangan masing-masing. Kini Apa Khabar oleh Joe Flizzow ft Sonaone mendapat satu lagi kesempatan untuk menbuktikan bahawa Hip Hop tidak terkubur malah mempunyai ramai pengikut.


Tuesday, 13 January 2015

HOT! Bila Berambut Pendek

Wanita sememangnya sinonim dengan rambut panjang, jika berambut pendek memang tidak 'ngam'. Tapi tiga orang sumandak Sabah ni sememangnya HOT bila berambut pendek. Fuhhh!


HOT #3

STACY

Hah siapa tidak kenal Stacy, selain menyanyi tarian juga memang 'makanan' dia. Seorang artis sempoi dan bersahaja Stacy memang peramah orangnya. Bella merupakan anak angkat Stacy yang ada disebut dalam lagu Gilalah..ni sumandak memang HOT!





HOT #2

ADIRA

Wahh ni sumandak memang transform 'abis' bila keluar dari sebuah program realiti. Paling ketara dan pernah bualan di media-media adalah perubahan pada kulitnya yang putih melepak. Adira kalau berambut pendek memang padan, pasti ramai jejaka yang 'peewitttt' bila bersua dengan sumandak ni. Ermm..



HOT #1

JO-ANNE HENLEY

Wahh..sumandak dari Kiulu ni memang menawan, siapa tidak tertawan mungkin bukan berasal dari planet bumi tapi dari planet lain. Unduk Ngadau 2007 ini juga mempunyai beberapa lagu sendiri, sumandak kacukan Dusun dan Britian sememangnya sumandak Eurasian yang HOT!




Sunday, 9 November 2014

GELARAN JUARA AF MILIK FIRMAN


Program Realiti Akademi Fantasia 2014 melabuhkan tirainya dengan penampilan lima finalis. Gelaran Juara milik Firman atau Mohd Firman Bin Bansir 25 tahun berasal dari Sabah yang memiliki suara serak basah dan mempunyai personaliti yang sentiasa merendah diri dan ikhlas. Tahniah Buat Firman ! Perjalanan berbatu-batu jauhnya kini di hadapan.

Keputusan Rasmi AF 2014 :

JUARA

MOHD FIRMAN BIN BANSIR (FIRMAN)












NAIB JUARA

MUHAMMAD RAMZAN BIN ABDUL AZIZ (AMAN)











KE-TIGA

IKHWAL HAFIZ BIN ISMAIL (EWAL)












KE-EMPAT

SYAMILA NUHAIR BINTI ZAINORD (NUHA)











KE-LIMA

ADELINE JOYCE MASIDAH (ADEL)


Tuesday, 9 September 2014

Surat Layang Dari Rock & Underground By Tassyah & Dj Slash

Di Kfm segmen Rock & Underground dengan Crew Tassyah, Kaki Motor dan Penyampai De Payau serta Slash sememangnya penyokong padu kepada setiap gerakan band-band bawah tanah di seluruh Malaysia. Tanpa mengira genre dan pembawaan, segmen ini sememangnya memberikan info dan semangat kepada band tidak kira lama atau baru untuk terus berkarya. Salute kepada crew-crew ini, korang memang terbaik.. Jom kita lihat apa yang mereka bawakan kepada kita pada kali ini.



Kegempitaan Harsh Grindcore janaan PERPETUAL bakal menggegarkan 5 buah bandar utama sekitar kepulauan Borneo, 6 - 16 September ini. Jelajah yang dinamakan GRIND OVER BORNEO TOUR 2014 ini dijangka menjadi medan terbaik buat PERPETUAL yang masih dalam rangka promosi "Grind Your Mind" CD yang mereka riliskan pada penghujung 2013 lalu. Tarikh dan lokasi yang diatur dalam siri jelajah tersebut adalah:

06/09/2014 - LAHAD DATU - SABAH

07/09/2014 - SANDAKAN - SABAH

13/09/2014 - KUCHING - SARAWAK

14/09/2014 - PONTIANAK - INDONESIA

16/09/2014 - KOTA KINABALU - SABAH

INFORMASI:


    Pengunjung KFM!

    Dengar secara LIVE

    Dalam Talian!

    Kini Dimainkan

X-Steel - Wait