Hip Hop diangkat sebagai juara lagu dalam sebuah program yang dianjurkan oleh sebuah media tempatan. Sekian lama tidak mendapat perhatian peminat irama yang muncul pada tahun 90-an ini kini berada diatas.
Jika diimbas kembali pergerakan irama Hip Hop di Malaysia dalam arena mainstream ia dimulakan oleh dan diperjuangkan kumpulan seperti 4U2C, NICO, dan ramai lagi. Kemunculan kumpulan baru sememangnya memberikan impak besar malah banyak mengubah irama yang dahulu lebih kepada rap semata-mata. Antara yang melendakkan aura hip hop adalah Too Phat yang dianggotai oleh The President Joe Flizzow dan The General Malique, trio ini mengegarkan dunia hiburan dengan singel pertama mereka whuttadilly. Setelah mendapat banyak anugerah Too Phat mengumumkan untuk bergerak solo dan meneruskan perjuangan masing-masing. Kini Apa Khabar oleh Joe Flizzow ft Sonaone mendapat satu lagi kesempatan untuk menbuktikan bahawa Hip Hop tidak terkubur malah mempunyai ramai pengikut.

0 comments:
Post a Comment