Monday, 23 June 2014

'THE MAN' DISEBALIK KEJAYAAN THE ANOTHER BORNEO : FESTIGRUNGE 2014

The Another Borneo : Festigrunge Berlangsung 21 Jun yang lalu sememangnya WOW! Dari opening band hingga ke band yang terakhir menampilkan energy yang memukau membuatkan dive dari crowd tidak pernah berhenti. Bermula lebih kurang jam 2 petang hingga jam 8 malam tidak sia-sia crowd dan supporter datang sejauh dari Tawau, Sandakan, Kota Belud, Kota Marudu, Lahad Datu dan sekitar Papar datang dan menikmati musik grunge. Berlokasi di Karamunsing yang dahuluinya sekitar 80-an tempat pertemuan para pemusik dan band Sabah sememangnya lokasi yang sangat baik. Disebalik kejayaan Festigrunge ini adalah atas ilham dan usaha organizer yang tidak asing di Kota Kinabalu Aphik atau Ghadaffi Lamdin dari The Rebel Union yang berkerjasama dengan Papar Grunge Community dan beberapa lagi label serta media.

The Man : Aphik



















Lebih menarik lagi 16 band yang perform datangnya dari serata tepat di Malaysia. Johor Bahru, Melaka, KL, Kuching dan band lokal Sabah.

Opening Band : Alice Alive
Dari button hingga t-shirt juga boleh didapati pada masa berlangsungnya. CD dijual serendah RM2. Paling menarik t-shirt khas Festigrunge mendapat permintaan ramai apabila dijual seperti pisang goreng panas, stok habis dijual dalam sekelip mata.


Crowd yang ramai dan showmanship band serta crew yang mantap menambahkan lagi kerancakan Festigrunge. Kesilapan teknikal serta instrument adalah antara nadi di setiap gig yang berjaya diatasi crew-crew Festigrunge yang juga patut diberikan pujian. Tahniah! 























Berlangsung dengan harmoni, crowd rata-ratanya meluahkan perasaan puas hati dan ingin sekali lagi gig seperti itu dianjurkan. Ada segelintir crowd dan band member meluahkan melalui laman sosial mengatakan itu adalah pengalaman pertama mereka berhadapan dengan crowd yang ramai, ada juga yang berbunyi 'festigrunge my real first gig'. Apapun Selaku media untuk festigrunge kali ini memuji crowd yang paling sporting. Band-band yang menunjukkan bahawa kita mempunyai band-band yang mantap, festigrunge juga menunjukkan kita mampu bersatu melalui musik, terima kasih atas perkongsian idea dan alunan musik yang mempesonakan. Sampai kita jumpa lagi.

Jum lihat band-band, label dan media yang terlibat di The Another Borneo : Festigrunge


    Pengunjung KFM!

    Dengar secara LIVE

    Dalam Talian!

    Kini Dimainkan

X-Steel - Wait