Tuesday, 10 June 2014

GIDONG PUNYAI PENGIKUT & PEMINAT TERSENDIRI



Gidong nama yang bukan baru bagi peminat musik pelbagai genre, kepakarannya adalah alih bahasa lagu tempatan dan antarabangsa dari lagu nyanyian Avicii sehinggalah nyanyian artis cilik Tegar. Dari Balada hinggalah ke rentak Jazz. Gidong Linog sememangnya dikurniakan dengan suara yang universal, kehebatannya bukan saja membikin kembali lagu tetapi aset paling penting dia miliki ialah suaranya sendiri. Menurut Gidong, perjalanan seninya tidaklah rumit kerana dalam beberapa tahun lepas dia cuma memuat turun video nyanyian di laman sosial dan youtube. Tetapi kerumitan mengalih bahasa sesebuah lagu hanya dia yang tahu. Ratusan video boleh didapati di saluran youtubenya, antara video yang paling banyak ditonton setakat ini adalah sandiwara cinta versi Gidong yang ditonton hampir 100 ribu kali, secara matematiknya saluran atau channel Gidong Linog di Youtube dikunjungi lebih kurang hampir 1 juta pengunjung untuk menikmati hasil seni beliau. Himpunan hasil nyanyian Gidong juga dimuatkan dalam satu CD yang mengandungi berpuluh-puluh lagu. Di kesempatan ini juga crew Kfm Jas yang dikenali dengan segmen Kupi Kupi Bersama Kfm sempat menemubual Gidong secara spontan. Kinabalufm mengharapkan perjalanan seni Gidong terus maju kehadapan dan paling penting Gidong punyai pengikut dan peminat tersendiri yang pastinya sentiasa ternanti-nanti hasil seni beliau. Ikuti temubual tersebut..


Temuramah Bersama Gidong.

Jas Kfm : Lagu pertama yg dialih bahasa?tahun bila? 
Gidong : Lagu ANGEL nyanyian Robbie Williams ke Bahasa Malaysia pada tahun 2008, masa itu saya belum ada akaun Youtube dan belum ada page FB tetapi itulah permulaan saya membuat versi-versi Dusun dan versi Melayu sampai sekarang.
Jas Kfm : Belajar music dari mana? 
Gidong : Saya tidak pernah belajar music, semuanya datang dari minat saya mendengar lagu-lagu yang saya suka.
Jas Kfm : Tempat asal?
Gidong : Kota Belud Sabah.
Jas Kfm : Idola?
Gidong : Salah satu pembuat cover terkenal di Youtube – Boyce Avenue
Jas Kfm : Memandangkan sudah ada pengikut tersendiri, Ada perancangan buat album sendiri? 
Gidong : Masa ini saya memang dalam proses mengumpul bahan untuk album pertama saya dan sudah pun ada beberapa buah lagu, Cuma menunggu masa untuk masuk studio sebenar bagi tujuan rakaman vocal.
Jas Kfm : 'Selfie' trend terkini, siapa agaknya individu yang ingin bergambar 'selfie' bersama?
Gidong : Siti Nurhaliza (hahahahaha)
Jas Kfm : Selain menyanyi, perkara lain di lakukan di masa lapang? 
Gidong : Fotografi, saya juga seorang photographer
Jas Kfm : Pengalaman menyanyi live pertama? perasaan? 
Gidong : Di Pesta Musik Ranau, memang sangat gemuruh. Saya biasa nyanyi di Gereja saja sebab selalu juga menjadi Worship Leader.
Jas Kfm : Tempat yang paling disukai? 
Gidong : Di kampung sebab pemandangannya, aman, sunyi dan nada sungai yang jernih.
Jas Kfm : Perancangan di masa akan datang?
Gidong : Terus membuat cover versi-versi dusun dan melayu dengan lebih baik dan juga menghasilkan album sendiri.
-TEMUBUAL TAMAT-

    Pengunjung KFM!

    Dengar secara LIVE

    Dalam Talian!

    Kini Dimainkan

X-Steel - Wait