Friday, 6 June 2014

Welcome To Brasil : FIFA World Cup 2014

Piala Dunia buat kali pertama ia diadakan di Montevideo, Uruguay pada 1930. Idea asal Jules Rimet Presiden FIFA pada ketika itu yang ingin bola sepak dijulang dimata dunia disebabkan bola sepak tidak tersenarai dalam Sukan Olimpik pada masa itu. Perlawanan tanpa sebarang pusingan kelayakan dan hanya melibatkan 13 pasukan pada ketika itu. Uruguay merupakan pasukan pertama yang memenangi piala untuk penganjuran kali pertama. Pada tahun 1934 dan 1938 Itali bergaya muncul juara dua kali berturut-turut. Namun selepas itu, Piala Dunia terpaksa dihentikan kerana Perang Dunia Kedua.

Piala Dunia Kemudiannya disambung semula pada tahun 1950, jika mengimbas kembali sejarah penganjuran piala dunia memang banyak yang perlu diceritakan, namun apa yang paling penting ialah penganjuran ini berjaya menyatukan semua negara tanpa mengira kaum dan agama. Penganjuran pada 2010 menyaksikan Sepanyol muncul juara di benua Afrika.

Brazil berhempas pulas menyediakan infrastuktur serta membendung bantahan demonstrasi rakyat yang menganggap menjadi tuan rumah adalah membazir. Apapun penganjuran tetap diteruskan dan 32 pasukan dalam 8 kumpulan sudah pun bersedia mengegarkan setiap stadium di Brazil. Persoalannya, pasukan manakah bergelar juara di negara Samba itu?




    Pengunjung KFM!

    Dengar secara LIVE

    Dalam Talian!

    Kini Dimainkan

X-Steel - Wait