Wednesday, 3 September 2014

MR. KAAMATAN 2014 INGIN BER'SELFIE' BERSAMA STACY & MARSHA

MRK 2014 melabuhkan tirai dengan pemilik gelaran yang baru iaitu seorang pemuda tampan mewakili Kuala Penyu. Nigel atau dengan nama penuh Nigel Marudin yang lahir pada bulan september, anak ke-4 dari 8 adik-beradik berasal dari Beluran dinobatkan MR Kaamatan 2014. Mendapat pendidikan awal di SK Pekan Beluran dan SM Advent, Tamparuli sebelum melanjutkan pelajaran di MSU. Nigel kini merupakan seorang Kordinator Latihan di sebuah Institut milik kerajaan Sabah.



Crew Kfm Dj Jas sempat berbual ringkas dengan Mr. Kaamatan 2014, mari kita lihat hasil berbualan mereka..

Dj Jas : BERAPA TEMPOH SEHINGGA KE FINAL MRK 2014?

Nigel : 1 bulan

Dj Jas : PERSIAPAN UNTUK MENGHADAPI SETIAP SARINGAN?

Nigel : 1 minggu saja masa untuk buat persiapan bagi setiap aktiviti, sebab setiap hujung minggu (Ahad) kami ada aktiviti-aktiviti yang di sediakan oleh pihak penganjur dimana minggu pertama kami buat kebajikan di SPCA, minggu ke-dua team building di KK Adventure Park, minggu ke-tiga Talent Night di Bar35, minggu ke-empat semi final di Bar35 dan minggu kelima Final di Dreamtel Hotel Kota Kinabalu. Actually sebelum join ni pun saya memang sudah sedia dari segi mental, fizikal dan rohani. Then pihak penganjur pun sudah bagi jadual awal-awal, so memang persiapan yang tidak last minute juga la..hahaha


Dj Jas : DITAJA ATAU BERGERAK SENDIRI DALAM PENYERTAAN MRK 2014?

Nigel : Saya bergerak sendiri, actually majikan mau sponsor time final tapi saya segan mau terima, hahaha tapi saya cakap kalau saya betul-betul perlu saya akan tanya madam juga… Lagipun saya risau kalau saya tidak menang nanti sia-sia saja majikan sponsor. So better saya berdikari dulu. hahaha

Dj Jas : ADA PENASIHAT FESYEN?

Nigel : Emm..hahaha saya akan tanya pendapat kawan-kawan saja…

Dj Jas : APA DORONGAN UTAMA UNTUK MELIBATKAN DIRI DLM MRK?

Nigel : Actually dari tahun lalu lagi saya mau join tapi saya tidak yakin, sebab saya seorang yang cepat begegar dan panik kalau di depan orang ramai….hahaha so kawan-kawan la yang bagi dorongan utama saya untuk join ni Mr Kaamatan (Buvazoi Tavantang). Saya ada jumpa kawan baru, time ikut sugandoi nama dia Aznor Jipin. Then.. dia cakap macam dia pernah nampak saya join pertandingan model, tapi hakikatnya saya tidak pernah join pun mana-mana pertandingan berkaitan model ni. So dia cadangankan saya untuk join mana-mana pertandingan model la. Sebab dia cakap saya tiada babat dan tinggi kunun la…hahaha so dari situ juga yang terdorong tuk join ni pertandingan.


Dj Jas : ADA Girlfriend?

Nigel : Ada
Dj Jas : JIKA DITAWARKAN UTK MENJADI MODEL? TERIMA ATAU TIDAK?

Nigel : Saya terima

Dj Jas : MAKANAN & MINUMAN KEGEMARAN?

Nigel : Saya bukan jenis yang suka memilih makan. Tapi.. Saya paling suka makan pucuk ubi masak santan + sardine …hahaha minuman pula, saya mana-mana saja yang penting buli di minum dan bersih. 

Dj Jas : PALING BANYAK MEMBERIKAN DOROGAN?

Nigel : Semestinya ibu bapa saya, adik-beradik, kawan-kawan dan sumandak saya…hahaha

Dj Jas : TIPS PENJAGAAN BADAN?

Nigel : Saya memang suka bersukan dan sangat suka pergi Gim..hahaha tapi tidak pandai tagap-tagap juga.. hehehe

Dj Jas : PAKAIAN DITAJA ATAU SENDIRI?

Nigel : Guna Duit sendiri saja..hahaha

Dj Jas : CABARAN PALING HEBAT MRK 2014?

Nigel : Cabaran, semua aktiviti yang di sediakan oleh pihak penganjur adalah cabaran yang hebat bagi saya, Time di SPCA kami kena bersihkan kawasan SPCA, buang lumpur yang bertimbun akibat banjir, potong rumput, timbus jalan yang berlubang dan banyak lagi, siapa yang rela hati mahu menyumbangkan tenaga, wang tunai atau apa-apa saja yang mahu disumbangkan sangat di alu-alukan sebab memang mereka sangat memerlukan bantuan anda. 
Time di KK Adventure Park pula cabarannya kami kena buat rock climbing, flying fox dan banyak games semua aktiviti di KKAP pertama kali saya buat. Memang siukkkk… bha siapa-siapa yang takut tinggi tu jumm cabar diri kita di KKAP. Walaupun bikin gayat tapi sekali cuba terus mau cuba lagi tu…hahahaha 
Time Talent Night pula, cabarannya, kami kena buat persembahan mengikut bakat yang ada pada diri sendiri selama 1minit 30saat, so time tu saya menyanyi dan menari… tapi saya tidak menang apa-apa time tu.. semua peserta memang mempunyai bakat yang luar biasa.. 
Time semifinal kami kena pakai baju tradisional kreatif, so kena cari designer tuk buat baju. Syukur juga saya kenal Mr Charles Jaiku yang memang kreatif. Akhirnya siap juga baju tradisional kreatif yang diberi nama ‘Prince Charming Osindak’. Siapa-siapa yang mahu buat baju or sewa baju tradisional boleh la pergi di Kedai OSINDAK sulaman sentral ada Mr Charles dan Mr bobby disana..hehehehe 
Time final pula,cabarannya sangat hebat sebab ada Q & A, perkenalkan pakaian tradisi dalam Bahasa ibunda dan memperagakan pakaian tradisi yang saya pakai malam itu iaitu baju dusun letud tuaran. Setiap aktiviti ada cabarannya, so kena hadapi dengan tenang sahaja walaupun risau..hehehe

Dj Jas : TEMPAT YANG AKAN DITUJU JIKA DIBERIKAN PELUANG?

Nigel : Naik Gunung Kinabalu, hahaha saya belum pernah naik lagi….hahahaha

Dj Jas : JIKA DIBERIKAN PELUANG 'BERSELFIE' BERSAMA ORANG YANG TERKENAL SIAPAKAH GERANGAN INDIVIDU TERKENAL TERSEBUT?

Nigel : Saya mau berselfie dengan Stacy Af6 and Marsha Af3..hahahaha  
Dj Jas : AKTIVITI MASA LAPANG?

Nigel : Saya sukan menyanyi dan bersukan

Dj Jas : KATA-KATA TERAKHIR?

Nigel : Bersyukur dan bersukacita kepada Tuhan atas anugerah yang diberikan ini. 
Firstly, Terima kasih kepada semua krew-krew MRK14 yang banyak membantu saya dan kawan-kawan yang lain sepanjang 1 bulan pertandingan ini di jalankan, memang kadang-kadang kami keras kepala juga, tapi kami semua baik-baik juga kan….hehehe maafkan kami jika kami banyak menyusahkan krew-krew MRK14. You guys the best.. kepada ibubapa dan adik-beradik saya yang memang penyokong terkuat saya, terima kasih banyak kio… tidak lupa juga kepada kawan-kawan, rakan sekerja dan pengundi-pengundi untuk gelaran MR Facebook… terima kasih banyak-banyak dan sorry menyusahkan hehe…. Perjalanan saya masih jauh lagi dalam bidang ni, so kena belajar banyak benda lagi… saya akan guna peluang ini sebaik-baiknya… akhir kata, Be your self !

BE YOUR SELF !! Itulah kata-kata penutup dari Nigel Mr. Kaamatan 2014. MRK 2014 berlangsung selama sebulan, bukan senang peserta-perserta mengharungi pertandingan ini kerana mereka diuji dengan pelbagai aktiviti lasak dan menguji minda. Apa pun Tahniah Kepada Mr. Kaamatan 2014 Nigel Marudin dan kesemua peserta yang tampan-tampan dan bergaya, korang memang terbaik. Tahniah juga kepada menganjur MRK 2014 serta crew-crew yang terlibat semoga penganjuran akan diteruskan di masa akan datang. Persoalannya siapakan pemilik gelaran MR KAAMATAN 2015? Sama-sama kita nantikan.

Credit to Photographer.








    Pengunjung KFM!

    Dengar secara LIVE

    Dalam Talian!

    Kini Dimainkan

X-Steel - Wait