Tuesday, 12 August 2014

Selamat Tinggal Robin Williams, Senimu Tetap Tersenyum..

"I used to think the worst thing in life was end up all alone, its not. The worst thing in life is end up with people that make you all alone". Kata- kata komedian Robin William yang mempunyai isi tersurat tersendiri yang ditemui meninggal di rumahnya di California, menurut sumber beliau didapati menggantung dirinya dan meninggal disebabkan kekurangan oksigen.



Robin William atau Robin McLaurin Williams merupakan pelakon kelahiran Amerika. Lahir pada 21 July 1955di Chicago, Illinios dan mendapat pendidikan di College Of Marin dalam bidang teater di New York.
Antara filem lakonan beliau adalah  The World According to Garp (1982),Good Morning,Vietnam (1987), Dead Poets Society (1989), Awakening (1990)The Fisher King (1991), Good Will Hunting (1997), Popeye (1980), Hook (1991) Aladdin (1992), Mrs. Doubtfire (1993), Jumanji (1995), The Birdcage (1996),  Night at the Museum (2006), dan Happy Feet (2006).
Zaman kanak-kanak beliau merupakan kehidupan yang mencabar kerana sering menjadi mangsa buli, untuk mengelakkan daripada masalah tersebut beliau menghabiskan masa di rumah yang mempunyai 40 bilik di sebuah ladang di Michigan dengan bermain patung yang 2,000 jumlahnya disamping membuat lawak di hadapan ibunya untuk meminta perhatian. Beliau menghabiskan separuh daripada hartanya untuk tujuan kebajikan seperti pembinaan semula bandar New Zealand yang dilanda gempa bumi, selainnya disalurkan kepada persatuan bulan sabit merah dan hospital-hospital.
Aktor yang bekahwin sebanyak 3 kali ini diakui sebagai seorang stand-up komedian yang diminati ramai. Disamping melakonkan watak dan meninggalkan kesan kepada penonton beliau juga seorang yang tidak pernah lari dari  melakarkan senyuman, senyuman belia pasti menjadi ingatan dalam dunia seni. Semoga beliau tenang di alam sana...

0 comments:

Post a Comment

    Pengunjung KFM!

    Dengar secara LIVE

    Dalam Talian!

    Kini Dimainkan

X-Steel - Wait